Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan
Selasa, 24 Desember 2013
KWSP Gesa Ahli Buat Penamaan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi menggesa ahli-ahlinya membuat penamaan untuk simpanan mereka bagi memastikan orang tersayang mendapat perlindungan sekiranya ahli meninggal dunia.
Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kajian menunjukkan tidak ramai berbuat demikian walaupun menyedari pentingnya hal tersebut.
Beliau berkata setakat 30 Sept, bilangan penamaan ialah 3.57 juta, pertambahan 4.55 peratus berbanding tempoh sama pada 2012.
Bagi menggalakkan ahli membuat penamaan, KWSP melancarkan kempen pengiklanan bertemakan “Lindungilah Orang Tersayang” di radio dan akhbar, selama 19 hari bermula hari ini.
Promosi akan juga diadakan di kaunter perkhidmatan KWSP, laman facebook (KWSP) dan twitter (KWSPBuzz).
Nik Affendi berkata borang penamaan (KWSP4) perlu dikemukakan oleh ahli sendiri ke cawangan terdekat KWSP dan membawa bersama kad pengenalan mereka.
Sekiranya borang tersebut telah lengkap termasuk ahli menurunkan cap ibu jari dan tandatangan saksi, ahli tidak perlu membawa saksi bersama ke KWSP.
Beliau mengingatkan bahawa ketiadaan penamaan, keluarga ahli yang telah meninggal dunia berhadapan dengan proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.
“Ini melibatkan keperluan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet atau perintah pembahagian dari pihak berkuasa berkaitan bagi menyokong tuntutan mereka dan mungkin dikenakan bayaran.
“Ahli perlu tahu bahawa penamaan KWSP mengatasi wasiat bertulis” kata Nik Affendi.
Dalam pada itu, KWSP menggalakkan ahli mengemaskini penamaan mereka apabila terdapat perubahan kepada kehidupan mereka seperti perkahwinan, perceraian atau kelahiran anak.
Borang KWSP 4 boleh diperoleh dari cawangan KWSP terdekat atau dimuat turun dari laman myEPF di www.kwsp.gov.my.
Untuk maklumat lanjut ahli boleh hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 (8 pagi hingga 6 ptg dari Isnin hingga Jumaat) atau mengemukakan soalan secara online di http://enquiry.kwsp.gov.my – BERNAMA
Amaran! Make up boleh buat bercerai laki bini
Amat bohong kalau lelaki tak pilih awek berdasarkan paras rupe. paling tidak mesti beliau pilih yang sedap mata memandang. rupa salah satu aspek penting dalam pemilihan awek dan bini selain dari kebaikkan, tingkah laku yang sopan, agama dan lain lain lagi.
Begitu jugaklah dengan wanita. tak hensem takpe.yang penting sedap mata memandang,
Bayangkan kapel yang berkapel selama 5 tahun.
Selama 5 tahun tu si pakwe menyayangi dan mencintai awek seperti dalam gambar sebelah kanan
Tiba2, pagi selepas malam pertama dan hari-hari berikutnya si pakwe disajikan dengan muka bini dengan wajah disebelah kiri. mau tak sakit hati?
Sakit woi, 5 tahun di tipu.mau tak sakit. tu kapel yang 5 tahun.kalau 10 tahun kapel?
Sayang pon akan berkurangan.satu hari turun 0.38%
Pastu bini buat hal.
Ape lagi. cerai!

perempuan akan kata.
sapa suruh mencintai sebab paras rupa.
guwa kata.
tak salah pun.tapi biarlah dia mencintai rupa kita yang asli.bukan yang plastik. takkan ada hal.
Sumber - nazirulhazwanws
Langganan:
Postingan (Atom)