Tampilkan postingan dengan label keluar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keluar. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

AJK PKR cabang Kota Belud isytihar keluar parti


KOTA BELUD - Jika hampir dua minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kehilangan dua wakil rakyatnya, kali ini parti itu ditimpa satu lagi masalah apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kota Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu hari ini.
   
Tindakan itu yang disertai dengan langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut Soloh Yuna.
   
"Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.
   
"Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.
   
Beliau berkata disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang  Kota Belud kehilangan arah tujuan.

"(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan hidup segan mati tak mahu," katanya.
   
Menurut Soloh, mereka perlu membuat keputusan tepat mengenai hala tuju perjuangan politik masa depan mereka memandangkan PKR cabang itu semakin lesu dan tidak bermaya.
   
Dalam kenyataan itu juga bekas AJK PKR berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad yang keluar dari PKR baru-baru ini dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.
   
Jumaat lalu, Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan turut mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota PKR kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan PKR negeri Sabah. - Bernama
ReadMore..

Rabu, 25 Desember 2013

Kucing Sebut ‘Go Away’ Ketika Dihalau Keluar


Seorang wanita dikenali sebagai Caroline H, merakam dan memuatnaik video seekor kucing mengiau dengan mengeluarkan bunyi seperti ‘go away’ di Dublin, Ireland.

Bunyi itu seolah-olah diajuk kerana Caroline terlebih dahulu mengucapkannya untuk menghalau kucing berkenaan yang menceroboh dapur rumahnya.

Kucing berwarna hitam putih itu dipercayai memasuki dapur Caroline melalui tingkap selepas terhidu bau biskut.

Dalam keadaan takut-takut berani ketika Caroline mahu menghalau itulah, ia mengeluarkan suara mengiau berbunyi seperti ‘go away’. Menurut Caroline dalam keterangan videonya, kucing itu tidak diapa-apakan dan terus melepaskan diri selepas dirakam.

Berasakan ada sesuatu yang menyeramkan pada kucing berkenaan, Caroline menggelarkannya ‘kucing syaitan’ dan meminta penduduk sekitar berhati-hati.

Bagaimanapun tidak lama selepas video ini tersebar, seseorang muncul dan mendakwa itu kucingnya namun ia tidaklah misteri mana. Kejadian mungkin berlaku ketika kucing itu tersesat apabila keluar dari rumah untuk bersiar-siar yang merupakan rutin biasanya. – REM RAMZI

ReadMore..

Selasa, 17 Desember 2013

Tertembak di Dahi Tapi Peluru Keluar dari Hidung

8 Nov 2012

  • detail berita


ReadMore..