Tampilkan postingan dengan label skudai. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label skudai. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

LEBIH 2 000 PENDUDUK SKUDAI JOHOR HADIR CERAMAH LIM GUAN ENG!!!!


LOKASI: FOOD COURT TANG REN JIE, TAMAN UNGKU TUN AMINAH, SKUDAI, JOHOR BAHRU JOHOR.
TARIKH/WAKTU:    26hb Mac 2013 jam 9.00 malam
Tidak kurang 2,000 penduduk Skudai, Johor Bahru, Johor hadir untuk mendengar ucapan dan amanat dari Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng..Tanpa dipaksa dan diangkut .. Tidak ada cabutan bertuah maupun makanan dan minuman percuma, malahan hadirin diminta menyumbang wang ringgit bagi mengisi dana untuk misi menumbangkan UMNO/BN pada PRU 13 ini.

Mood rakyat kini cukup jelas... mau melakukan perubahan... mau PAS ganti UMNO dan PR ganti BN.


TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU SENYAP... NANTI JAWAP NAJIB JOHOR NAK LESAP!!!!!!!
dari blog Omakkau 
 Indah.com tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian penulis blog ini.
    ReadMore..

    Kamis, 19 Desember 2013

    Kereta Hadiah Utama ABPBH Shaheizy Sam Dicuri Ditemui Di Skudai

    Kereta Hadiah Utama ABPBH Shaheizy Sam Dicuri, Ditemui Di Skudai


    Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi ini di Taman Skudai, Johor.
    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.
    “Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu.
    “Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama,” katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.
    Katanya lelaki itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 namun gagal hadir di mahkamah selepas itu.
    “Meskipun suspek dibebaskan dengan ikat jamin, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya, ketika ini kita sedang giat menjejaki suspek,” katanya.
    Mohmad berkata kereta mewah berwarna coklat gelap yang belum didaftarkan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai telah dijual semula dengan harga RM30,000 kepada orang tengah dan dibawa ke Johor sebelum dijual sekali lagi.
    2009-Nissan-370Z-Coupe-500x247
    Difahamkan, kereta mewah itu merupakan hadiah utama bagi ABPBH 2012 bagi kategori Bintang Paling Popular yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.
    Suspek utama kes curi kereta itu dipercayai pernah melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang pada Oktober tahun lepas sebelum melarikan dua lagi kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Januari lepas.
    Sehubungan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 32, bagi membantu siasatan kes itu.
    - Bernama
    ReadMore..