Tampilkan postingan dengan label tangga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tangga. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

Tangga Haiku Digelar Tangga Ke Syurga


Peperangan sering meninggalkan di belakangnya beberapa kesan tinggalan yang menyimpan memori hitam sebuah pergolakan antara negara konflik.

Biarpun beberapa tinggalan dan monumen sebegitu dimomokkan dengan kisah-kisah seram tentang hantu dan kematian, kadangkala ada tinggalan yang boleh sebati dengan suasana di sekitarnya.

Kesan tinggalan peperangan ada yang kini menyajikan pemandangan menarik berbeza daripada sesetengah tinggalan perang yang masih utuh dengan wajah yang usang dan menakutkan.

Antara tinggalan perang itu ialah Tangga Ha’iku yang juga dikenali sebagai ‘Tangga ke Syurga’ yang terletak di kepulauan Hawaii.

Sebanyak 3,922 anak tangga mendaki sebuah gunung menyajikan sebuah pemandangan indah landskap yang dianggap antara yang paling menakjubkan di dunia.

Anak tangga pertama bermula di lembah Haiku berdekatan Kaneohe di Pulau O’ahu dan pendakian bermula setinggi 2,800 kaki dengan kecuraman 30 darjah.

Tangga itu mula dibina ketika Perang Dunia Kedua untuk digunakan bagi memasang kabel antena dari satu bahagian ke bahagian pulau yang lain.

Dengan pemasangan kabel itu, anggota tentera yang mengawal Stesen Komunikasi Radio Tentera Laut di Lembah Haiku mampu berkomunikasi dengan armada kapal selam Amerika Syarikat sejauh ke Teluk Tokyo.

Pada tahun 1950, tangga itu dibina semula menggunakan besi dan dipanjangkan lagi untuk memenuhi keperluan aktiviti Stesen Sistem Navigasi Omega bagi pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat.

Kesemua anak tangga selebar 18 inci itu kukuh kerana ia diketatkan dengan skru terus ke dalam batuan di pergunungan itu.

Bagi anda yang gemarkan pendakian dan berpengalaman mendaki, pastinya mudah mendaki ribuan anak tangga sebegini.

Menurut beberapa pendaki yang telah mendaki anak tangga ini, bahagian paling sukar ialah apabila anda perlu merangkak di celah-celah semak yang tumbuh sambil berjaga-jaga dengan keadaan laluan yang licin.

Bagaimanapun cabaran terbesar bagi para pendaki ialah melepasi pagar yang dikawal di penghujung laluan anak-anak tangga itu.

Walaupun tangga itu sudah diperbaiki pada 2003, kerajaan Amerika Syarikat masih melarang orang ramai dari mendaki anak tangga itu.

Biarpun dilarang, terdapat kira-kira 100 hingga 150 orang pendaki mendaki anak-anak tangga itu setiap minggu tetapi tidak ada sebarang kecederaan serius pernah dilaporkan berlaku.

Jika pada hari yang cuacanya cerah, pemandangan indah pergunungan, lembah dan laut disajikan di bawah kaki anda membuatkan anda terasa seperti betul-betul mendaki ke syurga.

Pihak berkuasa mungkin terus melarang kegiatan mendaki anak tangga itu, tetapi dengan foto-foto menarik ini, agak mustahil orang ramai akan berhenti mendaki anak tangga Haiku ini.
ReadMore..

Rabu, 01 Januari 2014

PKR Peminjam PTPTN bagai jatuh ditimpa tangga


  Ogos 20 2013
PKR akan menggerakkan kempen bagi membantah usaha kerajaan untuk menyenaraikan para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS).

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, parti itu akan menggerakkan kempen berkenaan sehingga kerajaan BN membatalkan hasrat berkenaan.

Rafizi dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah untuk menyenaraikan peminjam dalam CCRIS merupakan satu “ugutan dan hukuman” serta perbuatan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat, terutama golongan muda.

Katanya, beliau juga percaya bahawa langkah untuk menyenaraikan peminjam dalam sistem yang diuruskan Bank Negara Malaysia itu tidak akan memperbaiki prestasi PTPTN untuk mengutip hutang berkenaan.

“Ugutan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman institusi kewangan ini bukanlah kali pertama PTPTN menggunakan cara kasar untuk menekan peminjam.

“Sebelum ini pun, PTPTN telah menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara.

“Ugutan itu tidak pun berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang PTPTN, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan,” katanya.

Jelasnya, sistem berkenaan akan membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru dalam menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.

“Secara langsung, tindakan ini akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menafikan kemudahan pinjaman (perumahan, kenderaan dan peribadi) kepada peminjam PTPTN yang didaftarkan oleh PTPTN di dalam CCRIS.

“Ini bermakna peminjam PTPTN seolah-olah jatuh ditimpa tangga – sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah, mereka kini diugut oleh PTPTN untuk dinafikan hak memiliki rumah, kereta dan lain-lain,” katanya.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh ketika mengumumkan langkah berkenaan semalam berkata ia bertujuan untuk  menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya. 

Katanya, PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.Malaysiakini
ReadMore..

Jumat, 15 November 2013

Bisnis sampingan ibu rumah tangga

Bisnis sampingan ibu rumah tangga – Jika anda sudah tidak lagi bekerja dan menjadi ibu rumah tangga setelah menikah. Kali ini saya akan memberikan beberapa informasi menarik untuk anda dalam mendapatkan pendapatan sampingan dari bisnis sampingan ibu rumah tangga. Bisnis ini terbilang cukup mudah dilakukan oleh ibu rumah tangga dan tentunya hanya mengeluarkan modal yang kecil.

Bisnis sampingan ibu rumah tangga

Wanita tentunya akan suka sekali untuk mengikuti perkembangan fashion setiap harinya, karena hal inilah menjalankan bisnis pakaian wanita dan aksesorisnya dapat menjadi peluang besar untuk dijalankan para ibu rumah tangga. Modal awal yang dikeluarkan untuk memulai bisnis ini sekitar 2 juta rupaih hingga 5 juta rupiah, namun anda juga dapat mengeluarkan dana sekitar 200 ribu rupiah untuk berbinis dalam sektor ini. Bagaimana cara melakukannya? Itu pertanyaan yang tepat.

Anda dapat menjadi seorang dropshiper atau yang lebih dikenal dengan sales online. Sekarang ini banyak sekali perusahaan – perusahaan lokal yang menawarkan kerjasama pembagian hasil keuntungan dari penjualan produk mereka, terutama sekali yang berhubungan dengan wanita. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu melakukan registrasi pada agen penjulan dan kemudian mulai untuk bergerak.

Pemasaran dari bisnis dropshiper hanya membutuhkan usaha yang sedikit keras. Anda dapat menawarkan barang atau jasa melalui forum, website, blog, ataupun toko – toko jual beli online seperti berniaga, ataupun tokobagus.
ReadMore..