Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

42 Maut Serangan Di Kawasan Sekolah

Nigeria

KANO – Kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai militan Islam Boko Haram menembak mati 42 orang dengan kebanyakannya pelajar, seorang pekerja perubatan dan penduduk, di timur laut Nigeria, semalam.
Bagaimanapun, jurucakap tentera berkata, mangsa adalah terdiri 20 pelajar, seorang guru terbunuh dalam serangan di negeri Yobe itu. Penyerang sebelum itu mengepung pelajar dan kakitangan sekolah itu dan menempatkan mereka di sebuah dewan sebelum melemparkan bom dan mula melepaskan tembakan, kata Haliru Aliyu, pekerja perubatan di Hospital Potiskum yang memetik saksi sebagai berkata.
“Kami menerima 42 mayat pelajar dan kakitangan Sekolah Menengah Kerajaan Mamudo, malam tadi.
“Sebahagian daripada mereka mati kerana terkena tembakan manakala sebahagiannya rentung,” katanya.
Aliyu berkata, anggota keselamatan kini menjalankan operasi mencari mangsa yang terselamat dengan melarikan diri ketika serangan.
Mamudo terletak kira-kira lima kolimeter dari Potiskum, sebuah kawasan hab komersial di Negeri Yobe yang kini menjadi sasaran kumpulan Boko Haram kebelakangan ini. – AFP
ReadMore..

Maut Kepenatan Setelah Di Kejar Polis

Maut Kepenatan Setelah Di Kejar Polis | Seorang lelaki menemui ajal selepas rebah kepenatan ketika melarikan diri daripada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang mengejarnya di Lorong Perak, Jalan Putra, di sini hari ini.
Maut Kepenatan Setelah Di Kejar Polis

Kejadian berlaku semasa lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash melalui lokasi itu dan ditahan anggota berkenaan yang sedang melakukan rondaan pukul 11.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, lelaki itu bagaimanapun bertindak memecut sehingga ke Lorong Perak 4, Jalan Putra sebelum meninggalkan motosikalnya di situ dan melarikan diri.

"Polis yang mengejarnya berjaya menahan lelaki itu dan ketika ditahan, dalam keadaan kepenatan lalu jatuh pengsan. Ambulans yang datang tidak lama kemudian mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan beg galas miliknya, polis menjumpai satu bungkusan kecil dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.88 gram dan satu alat penimbang kecil.

"Bedah siasat akan dijalankan pagi esok bagi menentukan punca kematian lelaki ini," jelasnya. sumber


ReadMore..