Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Kisah Memilukan Wanita Terkurus Di Dunia
20 Dis 2012


nilah penampilan valeria ketika remaja
vivanews
ReadMore..
Valeria Levitin ialah seorang wanita yang mengidap anoreksia. Kini berat tubuhnya hanya setara dengan empat buah batu berukuran kecil. Apa yang terjadi pada Valeria bermula dari keinginannya waktu remaja untuk menjadi seorang model. Akhirnya Valeria melakukan diet ketat yang ternyata justru membuat dirinya menjadi anoreksia.
Meskipun kini Valeria mengaku menyesal dengan diet yang dilakukannya, banyak remaja yang justru menjadikannya sebagai panutan. Menurut Valeria, banyak wanita yang menghubungi dirinya dan meminta tips diet. Valeria menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan tips diet pada siapapun. Ia akan menjadikan dirinya sebagai bentuk peringatan bagi siapapun yang mencoba untuk berdiet.
Meskipun kini Valeria mengaku menyesal dengan diet yang dilakukannya, banyak remaja yang justru menjadikannya sebagai panutan. Menurut Valeria, banyak wanita yang menghubungi dirinya dan meminta tips diet. Valeria menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan tips diet pada siapapun. Ia akan menjadikan dirinya sebagai bentuk peringatan bagi siapapun yang mencoba untuk berdiet.
nilah penampilan valeria ketika remaja
Wanita Sakit Mental Belasah Jiran Warga Emas

DIA pada mulanya dilihat menghampiri mangsa dari belakang sebelum tercetusnya pergaduhan sehingga membawa kepada kekasaran itu.
Menurut anak mangsa, wanita itu sering mendatangkan masalah sejak berpindah ke pangsapuri itu Januari lalu.
“Dia kerap memasang muzik dengan kuat pada tengah malam dan gemar merenung jiran-jirannya dengan pandangan jahat seolah-olah ingin mencari pasal,” katanya.
Toh kini menerima rawatan di Hospital Umum Changi akibat lebam di bahagian mata, selain menerima beberapa jahitan di muka dan tepi bibirnya.
Mangsa juga masih dalam keadaan terkejut, hilang selera makan dan sukar bercakap akibat kejadian itu.
Suspek pula sudah ditahan oleh pihak polis dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serangan itu.

Oleh: ELZA
Minggu, 29 Desember 2013
Wanita pertama guna rahim orang mati
myMetro 14 April 2013
Istanbul: Wanita pertama pernah menerima rahim daripada seorang penderma yang sudah mati disahkan hamil dua minggu selepas menjalani pemindahan embrio.
Kehamilan Derya Sert, 22, disahkan selepas keputusan awal hasil satu pemeriksaan berikutan proses persenyawaan di luar rahim di Hospital Universiti Akdeniz, Antalya, wilayah selatan Turki.
“Derya sihat ketika ini,” kata Mustfa Unal, doktor yang merawatnya, dalam satu kenyataan bertulis.
Derya disifatkan sebagai ‘keajaiban dalam bidang perubatan’ apabila menjadi wanita pertama di dunia berjaya menjalani pemindahan rahim daripada seorang penderma yang sudah meninggal dunia pada 2011 di hospital sama.
Berita mengenai kehamilannya memberi harapan kepada ribuan wanita di seluruh dunia yang gagal hamil.
Derya dilahir tanpa rahim, seperti seorang daripada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.
Doktor menanti selama 18 bulan sebelum menjalankan pemindahan embrio untuk memastikan organ asing itu masih berfungsi.
Derya adalah wanita kedua menjalani pemindahan rahim di dunia. Yang pertama dilakukan di Arab Saudi pada 2000 apabila seorang wanita menerima rahim daripada penderma yang masih hidup.
Bagaimanapun, pemindahan itu gagal selepas 99 hari dan doktor terpaksa membuang semula organ itu.
Sementara itu, Derya dijangka melahirkan anak menerusi pembedahan dan rahim itu terpaksa dibuang selepas kelahiran itu bagi mengelak kerumitan dan kemungkinan tidak sesuai lagi.
Derya dikatakan mula datang haid selepas menjalani pemindahan itu dan doktor yakin ia isyarat penting bahawa organ itu berfungsi.
Pakar bagaimanapun memberi amaran, Derya dan kandungannya berdepan dengan pelbagai cabaran kesihatan sepanjang kehamilannya, termasuk kecacatan pada bayi kerana Derya makan terlalu banyak ubat. - AFP
Langganan:
Postingan (Atom)