Tampilkan postingan dengan label orang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label orang. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Umur Baru 20 Tahun Dia Sudah Bunuh 79 Orang

 
AFP Tentera Mexico dibantu anjing pelacak memeriksa kenderaan bermotor untuk mencari dadah. Sejak pemerintah Mexico mencanangkan perang melawan kartel penyelundup dadah, sedikitnta 70,000 orang terbunuh.
Polis  Mexico memberkas Juan Pablo Vazquez yang kedapatan menjual dadah. Namun, lelaki berusia 20 tahun ini mengaku sudah membunuh paling sedikitnya 79 orang. "Semuanya terkait dengan kartel dadah," kata pernyataan penyisatan polis  Monterrey, utara Mexico.
 
Warta AP pada Jumaat (25/10/2013) menunjukkan, selain Vazquez, polis  juga menangkap seorang wanita berusia 25 tahun. "Ketika kami tangkap, wanita itu bersama dengan Vazquez," kata polis .

Pemeriksaan polis  pun berlanjutan. Vazquez mengaku membunuh langsung 45 orang. Lalu, 34 lainnya adalah pembunuhan lantaran dirinya diajak jaringan dadah. "Kes ini kami bawa hingga ke tingkat nasional," kata Juru Cakap Keselamatan Mexico, Jorge Domene.

Masih menurut pemeriksaan polis , Pablo Vazquez menyertai organisasi jenayah sejak berusia 15 tahun. Awalnya, dia menjadi penyampai maklumat lalu "naik pangkat"menjadi penjual dadah. "Sampai akhirnya dia menjadi pembunuh," tambah Jorge Domene.

Monterrey adalah kota ketiga terbesar di Mexico dari jumlah penduduk. Kini, ada 4 juta orang penduduk Monterrey. "Monterrey menjadi ajang pertarungan antara geng dadah," lanjut Domene.

Otoritinasional Mexico mengatakan, sejak 2006 korban maut lantaran perang antarakartel ubat bius mencapai 77,000 orang. Perang melawan dadah di Mexico bahkan menyertakan militer, bukan hanya polis .

diedit dari KOMPAS.com
ReadMore..

Minggu, 29 Desember 2013

Wanita pertama guna rahim orang mati

myMetro 14 April 2013

Kehamilan Derya Sert, 22, disahkan selepas keputusan awal hasil satu pemeriksaan berikutan proses persenyawaan di luar rahim di Hospital Universiti Akdeniz, Antalya, wilayah selatan Turki.

“Derya sihat ketika ini,” kata Mustfa Unal, doktor yang merawatnya, dalam satu kenyataan bertulis.
Derya disifatkan sebagai ‘keajaiban dalam bidang perubatan’ apabila menjadi wanita pertama di dunia berjaya menjalani pemindahan rahim daripada seorang penderma yang sudah meninggal dunia pada 2011 di hospital sama.

Berita mengenai kehamilannya memberi harapan kepada ribuan wanita di seluruh dunia yang gagal hamil.

Derya dilahir tanpa rahim, seperti seorang daripada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.
Doktor menanti selama 18 bulan sebelum menjalankan pemindahan embrio untuk memastikan organ asing itu masih berfungsi.

Derya adalah wanita kedua menjalani pemindahan rahim di dunia. Yang pertama dilakukan di Arab Saudi pada 2000 apabila seorang wanita menerima rahim daripada penderma yang masih hidup.
Bagaimanapun, pemindahan itu gagal selepas 99 hari dan doktor terpaksa membuang semula organ itu.

Sementara itu, Derya dijangka melahirkan anak menerusi pembedahan dan rahim itu terpaksa dibuang selepas kelahiran itu bagi mengelak kerumitan dan kemungkinan tidak sesuai lagi.

Derya dikatakan mula datang haid selepas menjalani pemindahan itu dan doktor yakin ia isyarat penting bahawa organ itu berfungsi.

Pakar bagaimanapun memberi amaran, Derya dan kandungannya berdepan dengan pelbagai cabaran kesihatan sepanjang kehamilannya, termasuk kecacatan pada bayi kerana Derya makan terlalu banyak ubat.
- AFP
ReadMore..