Sabtu, 08 Februari 2014
Browse »
home»
bakal
»
bercerai
»
kardashian
»
khloe
»
lamar
»
odom
»
Khloe Kardashian Lamar Odom Bakal Bercerai
Khloe Kardashian Lamar Odom Bakal Bercerai
Selepas episod perceraian Kim Kardashian berakhir sedikit masa lalu, nampaknya seorang lagi ahli keluarga Kardashian dijangka mengikuti jejak langkahnya.
Khloe Kardashian yang sudah tidak sebumbung lagi dengan suaminya, Lamar Odom dikatakan bakal menfailkan perceraian sedikit masa lagi.
Rumahtangga pasangan ini mula berantakan sejak bulan Jun lalu dan tidak lagi bergambar bersama sejak itu.
Lebih memburukkan keadaan, Lamar tidak mahu mengakui masalah dadah yang melanda dirinya kepada Khloe sekaligus menyukarkan keadaan.
Khabar perpisahan itu semakin kencang apabila bintang realiti itu tidak lagi menggunakan nama ‘Odom’ di laman Instagramnya.
Menurut sumber terdekat, Khloe sangat kecewa dengan apa yang berlaku, namun dia juga mahu memulakan kehidupan baru.
“Tiada lagi percubaan untuk membantu Lamar kerana dia kini mahukan meneruskan kehidupan dengan caranya sendiri,” katanya.
Oleh: ELZA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar