Tampilkan postingan dengan label allah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label allah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 25 Desember 2013

”Kita Wajib Percaya Pada Qada Dan Qadar Allah ” Kata Calon BN Yang Tewas


YAN – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan hati yang terbuka.

Katanya, beliau reda dengan keputusan pengundi selepas jentera Barisan Nasional dan UMNO bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan BN

Bagaimanapun, katanya, sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah.
“Terima kasih kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan terima kasih kepada jentera parti yang bertungkus lumus dan bekerja keras,” katanya.

DUN Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.

Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.

Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
ReadMore..

Jumat, 20 Desember 2013

PRK Sungai Limau Azmin Takutkan Allah


WALAUPUN kempen akan hanya bermula secara rasmi selepas penamaan calon esok, Pakatan Rakyat semalam telah mula memalu gendang perang untuk mempertahankan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu kuat PAS.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (kanan) secara sinis mencabar bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun berkempen di situ selepas anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir ditolak anggota Umno dalam pemilihan Umno yang baru sahaja selesai.

“Kenapa kita perlu pertahan Sungai Limau? Kita mahu bagi mesej jelas kepada BN, Umno dan Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan,” katanya Azmin sewaktu berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam.

“Dalam mesyuarat pimpinan Pakatan, saya diminta fokus di Sungai Limau untuk berdepan Mahathir.

“Saya tak takut dengan Mahathir tetapi saya takut dengan Allah. Saya akan lawan Umno dan BN habis-habisan sampai mereka kalah di Sungai Limau.

Katanya, kekalahan Mukhriz dalam pemilihan naib presiden Umno menunjukkan bahawa ahli parti itu sendiri menolaknya, serta Dr Mahathir yang sering membayangi karier politiknya.

“Dah jelas Umno tolak Mukhriz. Jika Umno tolak Mukhriz ini bermakna mereka juga tolak Mahathir.

“Jika begitu kenapa sokong Umno di Sungai Limau?” soal Azmin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula merayu agar liputan media yang adil diberikan kepada calon PAS oleh media arus perdana.

Beliau melahirkan rasa gembira apabila saluran RTM turut membuat liputan majlis penamaan calon semalam.

“Kita mahu keadaan yang aman dan harmoni dalam pilihan raya kecil ini.

“Ini adalah warisan yang ditinggalkan Ustaz Azizan (bekas anggota DUN).

“Walaupun secara politiknya PAS dan Umno berbeza, orang-orang di sini hidup seperti keluarga.

“Jadi saya gesa media terutamanya RTM, jangan porak-porandakan kehidupan rakyat di Sg Limau,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin majlis tersebut.

PAS semalam sah menurunkan Ketua Pemuda PAS kawasan Jerai, Mohd Azam Abdul Samat sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri Sungai Limau, Kedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pencalonan Azam dalam satu majlis di Kampung Sungai Limau Dalam. – malaysiakini.com
ReadMore..