Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Rabu, 25 Desember 2013
”Kita Wajib Percaya Pada Qada Dan Qadar Allah ” Kata Calon BN Yang Tewas

YAN – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan hati yang terbuka.
Katanya, beliau reda dengan keputusan pengundi selepas jentera Barisan Nasional dan UMNO bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan BN
Bagaimanapun, katanya, sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah.
“Terima kasih kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan terima kasih kepada jentera parti yang bertungkus lumus dan bekerja keras,” katanya.
DUN Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.
Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Selasa, 17 Desember 2013
Undi merosot BN teraba raba cari kawan
Harakahdaily
| Anis Nazri, | 17 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat memandangkan hubungan parti itu lebih kukuh dan baik berbanding hubungan antara parti dalam Barisan Nasional.Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata hubungan dalam Pakatan Rakyat itu perlu diteruskan sebagai sistem dua parti.
"Memang semua parti politik dalam Pakatan Rakyat mempelajari cara parti masing-masing. Sehingga kini kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, petang ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan rakyat, khususnya dengan PKR.
Mengulas isu sama ada PAS bersedia untuk mengkaji semula tahaluf siasi kerana kononnya menjadi sebab kemerosotan undi terhadap PAS, beliau bagaimanapun menafikannya.
"Tahaluf siasi bukan penyebabnya. PAS dapat meningkatkan undi di Selangor. Dari tiga exco kepada empat exco dan dari lapan kerusi kepada 15 kerusi. Begitu juga di Terengganu. Kita juga dapat tambah kerusi di Melaka, juga Johor," tegas beliau.
Tambah beliau, jika kemerosotan undi dijadikan penanda aras kekuatan sesebuah parti, BN lebih mengalami kemerosotan undi pada pilihan raya umum lalu.
"Kalau nak tengok undi merosot, BN lagi merosot undinya di Terengganu, Selangor dan Johor," kata beliau sambil menyatakan sebab kemerosotan undi terhadap BN menyebabkan parti itu teraba-raba mencari kawan.
Langganan:
Postingan (Atom)