Rabu, 25 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » » » » » » » » ”Kita Wajib Percaya Pada Qada Dan Qadar Allah ” Kata Calon BN Yang Tewas

”Kita Wajib Percaya Pada Qada Dan Qadar Allah ” Kata Calon BN Yang Tewas


YAN – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan hati yang terbuka.

Katanya, beliau reda dengan keputusan pengundi selepas jentera Barisan Nasional dan UMNO bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan BN

Bagaimanapun, katanya, sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah.
“Terima kasih kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan terima kasih kepada jentera parti yang bertungkus lumus dan bekerja keras,” katanya.

DUN Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.

Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.

Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar