Rabu, 18 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta

Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta


Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta | Bukan mudah sebenarnya bergelar seorang pembaca berita. Biarpun kerjaya pembaca berita itu mampu menempa populariti, namun ia tidaklah semudah yang disangka. Ada satu kisah di mana seorang lelaki berasa saat gembira tatkala diterima bekerja sebagai pembaca berita. Namun, nasibnya tidak menyebelahi dirinya apabila hanya mampu bergelar pembaca berita dalam tempoh sehari sahaja. Mengapa jadi begitu?
berita1
North Dakota -Seorang pembaca berita yang baru bekerja sehari rela dipecat. Hal itu berlaku ketika dia telah mengeluarkan kata-kata yang tak harus dikeluarkan ketika siaran berita sudah bermula.
Pembaca berita dari stesen televisyen KFYR, A.J Clemente tidak menyangka bahawa hari pertama dia bekerja turut menjadi hari terakhirnya bekerja.
Dia melontarkan kata-kata kesat seperti f***, S*** ketika slot berita sudah bermula secara live dan mikrofon telah pun menyala. Kata-kata kesat yang dilontarkannya adalah untuk mengurangkan rasa gugup semasa hari pertamanya.
berita2

Akibat kata-kata yang dilontarkan Clemente, stesen televisyen KFYR telah mengambil langkah untuk memecat pembaca berita yang baru bekerja kurang dari 24 jam itu.
Seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (23/4/2013), Clemente menulis permohonan maaf pada akaun Twitternya dan bersetuju dengan keputusan KFYR TV yang telah memecatnya.
“Sayangnya KFYR TV telah memutuskan untuk membiarkan saya pergi. Saya minta maaf pada semua. Terima kasih kepada semua orang yang telah memberikan saya kesempatan dan juga atas segala dorongan,” tulis Clemente pada akaun Twitternya.
Kesalahan yang dilakukan oleh Clemente ini telah menjadi perbincangan hangat di kalangan semua orang, bahkan menjadi bahan ketawa di Internet. SUMBER


Tidak ada komentar:

Posting Komentar