Rabu, 01 Januari 2014

Browse » home» » » » » » » » Giggs Tidak Akan Bersara Dalam Masa Terdekat

Giggs Tidak Akan Bersara Dalam Masa Terdekat


Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs mengakui dia mungkin akan melanjutkan kariernya bersama kelab tersebut sehingga membuat kemunculan ke 1000 bagi skuad kendalian David Moyes itu.

Giggs memulakan kariernya bersama United pada 1991 dan setakat ini sudah pun membuat sebanyak 954 kemunculan bersama pasukan Red Devils.

Ketika ditanya pihak media mengenai rancangan persaraannya, Giggs mengatakan, “sejujurnya saya pun tidak tahu bila. Perkara itu saya belum fikirkan secara serius dan mendalam lagi”.

Di sebalik ramai rakan sebayanya sudah mula menggantung but masing-masing, Giggs dilihat masih aktif dan mampu beraksi dengan baik walaupun usianya kini hampir mencecah 40 tahun.

Sementara itu, bekas rakan sepasukannya, Phil Neville menyifatkan Giggs sebagai satu nama besar dalam sukan bola sepak apabila berjaya mengondol kejuaraan dalam Champion League, Premier League dan FA Cup.

“Dia sudah semestinya salah seorang daripada pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris.

“Giggs masih mahu terus memburu kejuaraan dan keazamannya itu dapat dilihat apabila setiap kali dia turun bermain,” kata Neville.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar