Rabu, 01 Januari 2014

Browse » home» » » » » » » » Majlis Peguam pulau panel mahu wakil PBB

Majlis Peguam pulau panel mahu wakil PBB




malaysiakini  Mei 11 2012
Majlis Peguam tidak akan mengambil bahagian alam panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Badan yang mewakili 14,000 peguam itu sebaliknya mahu wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

NONE"Ataupun, Majlis Peguam tidak akan turut serta," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee dalam sidang media selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mengutuk tindakan polis pada hari itu.

"Majlis Peguam lebih suka wakil khas PBB daripada luar negara mengendalikan panel itu dan jika ini dituruti Majlis Peguam akan pertimbangkan semula penyertaannya."

Seramai 1,270 anggota yang hadir dalam EGM itu mengutuk tindakan polis dan gagal memberikan masa cukup untuk peserta perhimpunan bersurai.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar