Rabu, 01 Januari 2014

Browse » home» » » » » » Mat Bangla Menyanyi Lagu Saleem

Mat Bangla Menyanyi Lagu Saleem


Warga Bangladesh yang datang ke Malaysia untuk bekerja biasanya datang ke sini untuk melakukan pelbagai kerja.

Kerja seperti penjaga restoran, penjaga tandas, petugas hotel dan pengawal keselamatan semuanya mampu dilakukan oleh mereka.

Kebiasaannya, setelah lama menetap di Malaysia, kebanyakan lelaki warga Bangladesh mampu bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu dan bebas berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Tidak hairanlah juga ramai gadis Melayu yang berminat menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Bangladesh atas dakwaan mereka ini romantik, penyayang dan mudah memahami emosi si wanita.

Terdapat satu rakaman seorang lelaki atau Mat Bangla yang menyanyikan lagu Bunga Emas yang dipopularkan oleh Saleem yang suatu ketika dulu merupakan vokalis kumpulan Iklim.

Suara lelaki Bangla ini menyanyi boleh tahan, lebih meyakinkan apabila dia turut menggayakan cermin mata gelap sebagai melengkap imejnya sebagai seorang lelaki idaman wanita.

Mungkin lelaki ini sudah lama menghafal lirik lagu Bunga Emas sebelum mula merakamkan videonya untuk mendapat maklumbalas dari orang ramai yang menontonnya agaknya.

Agaknya ada awek Melayu yang cair ke? Sebab suara bro Bangla ni boleh tahan jugak.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar