Rabu, 01 Januari 2014

Browse » home» » » » » » » Imam ‘Rock’ Cetus Kontroversi Di Turki

Imam ‘Rock’ Cetus Kontroversi Di Turki

 

Seorang imam di sebuah perkampungan di Turki kini disiasat jabatan agama Islam negara berkenaan, Diyanet kerana penglibatannya sebagai vokalis sebuah kumpulan Rock.

Penglibatan Ahmet Muhsin Tuzer yang menganggotai kumpulan FiRock mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat tempatan kerana dibimbangi mencemarkan tugasnya sebagai ketua agama di kariah masjidnya.

Lagi pula, Tuzer menerima elaun sebagai imam daripada Kerajaan Turki.

Single pertama FiRock berjudul ‘Mevlaya Gel’ atau Kembali Pada Tuhan yang dimuatnaik Tuzer di YouTube telah mendapat tontonan lebih 30,000.

Tuzer yang aktif di media sosial termasuk Twitter dan Facebook menyifatkan muzik yang dimainkannya berunsur ketuhanan namun tidak dapat dipastikan sama ada Kerajaan Turki akan bersetuju dengan kenyataannya ini.

Pemeriksaan kami di YouTube mendapati walaupun berunsur Rock, lagu Tuzer tidaklah ganas pun tapi polisi dan dasar keterbukaan negara sana mungkin berbeza dari kita. – REM RAMZI

Sumber: Aljazeera

Single nyanyian Ustaz Rock Turki:


Tidak ada komentar:

Posting Komentar